Bengkel Pembinaan Blog Pusat Sumber Sekolah

Pada 26 dan 27 September 2012, guru perpustakaan dan media SKLT telah menghadiri satu kursus anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di PKG Permaisuri. Kursus atau bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan GPM kepada asas pembinaan blog pusat sumber sekolah.


Selamat Datang

BLOG INI DALAM PROSES PEMBINAAN
Assalamualaikum w.b.t… Pusat Sumber merupakan nadi sesebuah sekolah yang berperanan membantu murid - murid & semua guru menggunakan pelbagai kemudahan bahan pembelajaran agar mereka tidak hanya bergantung kepada buku-buku teks dan kaedah tradisional sahaja di zaman era digital kini dengan perkembangan Literasi Maklumat yang begitu meluas. Perkembangan Literasi Maklumat ini bukan saja di dalam bilik darjah tetapi di empat penjuru kawasan sekolah selaras dengan keperluan NKRA dan KPM. Akhir kalam, semoga semua pihak yang melayari blog ini akan memperolehi info perkembangan terkini PSS SKLT  dan perkongsian ilmu. Semoga Pusat Sumber SK Lubok Teras terus melakar kegemilangannya. Sekian, wassalam... .

UPSR 2012

Pihak Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Lubok Teras ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan UPSR kepada para pelajar tahun 6 SKLT. Diharapkan agar pelajar-pelajar dapat mengharungi UPSR dengan penuh cemerlang. Pihak PSS menyediakan perkhidmatahan pinjaman buku-buku rujukan TANPA KAD KHAS untuk para pelajar tahun 6. Buku-buku rujukan ini akan diletakkan di dalam bilik kuarantin sepanjang minggu peperiksaan.




Lagi gambar pelajar tahun 6.....


PENAFIAN

Admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada blog ini.
Hakmilik © 2012